Followers

Friday, April 3, 2020

"JIKA MAHU SEMBUH, KITA HARUS PATUH!"


*Sila baca 2 Raja-Raja 5:1-19 terlebih dahulu*
Naaman, panglima tentera Raja Aram, seorang yg terhormat dan dipandang tinggi oleh tuannya kerana melalui dia Tuhan telah mengurniakan kemenangan kpd org Aram. Akan tetapi, dia menghidapi penyakit kusta (leprosy).
Dipendekkan cerita, Naaman pergi berjumpa dengan Nabi Elisa utk disembuhkan. Naaman sgt marah apabila Nabi Elisa mengarahkannya utk pergi mandi di Sungai Jordan selama 7 kali. Naaman sangat2 marah kerana menyangkakan Elisa akan menyeru nama Tuhan, menyentuh badannya dan menyembuhkan penyakit kulit nya pada saat itu juga (on the spot). Naaman bahkan mahu terus beredar saja dr tempat itu dgn gusarnnya.
Para pegawai Naaman memujuknya bahawa dia tidak rugi apa2 pun (nothing to lose) sekiranya dia mengikuti arahan Nabi Elisa. Naaman setuju, turun membenamkan dirinya 7 kali di Sungai Jordan dan tubuhnya pulih dari penyakit kusta.
Naaman memuji dan mahu menyembah Tuhan yg Nabi Elisa sembah, bahkan dia berkomited utk meninggalkan anutan agama asal nya iaitu menyembah dewa Rimmon
Saudara dan Saudari, beberapa renungan daripada kisah ini:
1. Naaman berpangkat tinggi dan disegani, namun dia merendahkan diri nya apabila rela berjumpa dengan Nabi Elisa demi disembuhkan. Ini bukan masa utk bermegah tetapi masa utk mengalah. Di saat Covid-19 melanda dunia biarlah kita mengenepikan segala ego, persengketaan, rasa bangga diri dan sebagainya demi focus utk bersama2 mengharungi 'Survival Period' ini.
2. "JIKA MAHU SEMBUH, KITA HARUS PATUH!" inilah apa yg saya dpt lihat dr bacaan ini, yg tentunya sgt relevan dgn situasi genting sekarang. Patuhi arahan Pihak Berkuasa. Naaman sembuh bukan kerana air sungai Jordan tetapi kerana dia patuh pada arahan yg diberikan (Mandi di sungai Jordan 7 kali). Bayangkan jika Naaman putus asa pada mandian yg ke-6?
3. Sesudah sembuh scr total, Naaman yg menyembah dewa Rimmon berkomited utk menyembah Tuhan orang Israel. Adakah komitmen baru ini sesuatu yg drastic? tentu sekali! adakah komitmen yg baru ini sesuatu yg berpanjangan? ini terpulang kpd Naaman sendiri, krn tidak dinyatakan di dlm bacaan ini scr menyeluruh. Akan tetapi kita yg percaya bhw Yesus itu Tuhan, bagaimana kah komitmen kita? Masih kah kita berkomitmen utk terus percaya di saat2 yg Sukar ini? Jawapan nya "YA!" kerna tiada nama yg lain selain drpd nama Yesus yg memberikan kesembuhan rohani kekal.
Saudara dan Saudari, kesimpulannya Dengar, Patuh dan Taati arahan yg memberikan kesembuhan dan kehidupan. Ingat, jika Naaman putus asa dan ingkar walau slps mandian ke-5 atau ke-6, dia tetap tidak akan sekali-kali sembuh sehingga lah mandian yg ke TUJUH
LORD, HEAL OUR LAND!
Semoga Tuhan Memberkati Kalian Semua,
Revd. Rod
St. Faith's Church, Kenyalang.
Pedoman Pagi 22/03/2020

No comments: