Followers

Friday, April 3, 2020

"Be Still"

Kehidupan menjadi sukar semenjak adanya Perintah Kawalan Pergerakan ekoran tercetus dan merebaknya Covid-19 yg kini di tahap pandemik serius.
Ramai tertanya2 'di mana Tuhan, kenapa membiarkan semua ini terjadi?' Tidak kurang juga yg bertungkus-lumus mencari ayat2 alkitab yg relevan utk dikaitkan dengan musibah ini (ada yg mengaitkan Isaiah 26:20 dgn 'kuarantin' ðŸ¤·‍♂️) supaya kelihatan agar semua ini 'justified'. Tetapi adakah ini rumusan akhir drpd kekalutan global ini? Sudah tentu tidak! Ada banyak pengisian bermakna dan ada tujuan drpd semua pergumulan ini, dan ini adalah sebahagian kecil dari renungan (reflection) saya:

1). Tuhan 'Emmanuel'. Ya, Tuhan ada bersama kita pada saat dan ketika yg kritikal ini. Yesaya 55:6 "
Carilah TUHAN selagi Dia berkenan untuk ditemui. Panggillah Dia selagi Dia dekat." Hidup ini singkat, Life Is Fragile. Sangat rapuh. Namun kehidupan duniawi pasti saja tamat di dunia. Jiwa yg terselamat oleh kasih anugerah Bapa akan hidup selamanya. Persiapkan dan perlengkapkanlah diri agar kehidupan di dunia ini adalah utk kemuliaan Tuhan.

2. Pengorbanan Umat Manusia utk Orang Lain. Sungguh menyedihkan dan meremukkan hati apabila terbaca perihal Frontliners yg menemui ajal demi tugas. Mereka mati utk kita, pengorbanan mereka tidak sia2. Berdoa utk ahli keluarga mereka yg kehilangan saudara mara dan berterima kasihlah utk khidmat mereka hingga nafas terakhir.
3. Pendedahan Watak, Sifat & Sikap Sebenar Setiap individu/komuniti. True Colours, dlm bahasa Inggeris nya. Belum pun reda virus covid-19, virus yg tersimpan dan terbenam lama (dormant) ternyata muncul. Tidak perlu saya senaraikan semuanya di sini tetapi apa yg paling ketara adalah KEDEGILAN sesetengah insan yg sengaja mengengkari arahan dan rayuan pihak kerajaan. Duduk Diam2, kata PM-8. Masih juga yg pekakkan telinga dan berlagak kebal.
Kerana itulah Mazmur 46:7-10 sangat tepat utk situasi kita sekarang: Kita berperang dengan Covid-19, ramai yg sedang bertarung nyawa di saat anda membaca post saya ini. Ini bukan lah perang di antara Negara mahupun agama. Ini ialah satu perang di antara KITA (Manusia Sejagat) menentang Covid-19. BE STILL, ataupun BERDIAMLAH dan biarkan Tuhan bekerja melalui Frontliners, Doktor, Jururawat, Para Saintis, Polis, Askar dan semua yg berkorban utk dunia.
(46:10-11) "Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah! Aku ditinggikan di antara bangsa-bangsa, ditinggikan di bumi!"
BE STILL IN YOUR HOUSE.
BE STILL WHEREVER YOU ARE.
BE STILL AND WAIT UPON THE LORD.
BE STILL AND KNOW THAT HE IS GOD.

Tuhan Memberkati,
Father Rod
St. Faith's Church, Kenyalang.
21/03/2020

No comments: