Followers

Saturday, April 4, 2020

:::::::Ahad/Minggu Palma 2020:::::::
Markus 11:1-11

Saban tahun Gereja-gereja pelbagai denominasi merayakan 'Minggu/Ahad Palma’ khusus utk memperingati peristiwa bila mana Tuhan Yesus menunggangi anak keldai utk memasuki Yerusalem dan kedatangannya sangat-sangat dialu-alukan oleh warga kota Yerusalem seolah-olah dia seorang raja pada masa itu. Ahad itu juga permulaan kepada 'Minggu Suci' yang merangkumi Isnin-Jumaat Agung, dan Hari Easter.
Tuhan Yesus datang sebagai Raja Damai, memasuki Yerusalem utk kali yang terakhir sebelum dia disalibkan. Orang ramai bersorak "Hosanna" semasa dia datang dan berteriak "Salibkan Dia!" lima hari kemudian.

beberapa perkara yg boleh direnungkan daripada Markus 11:1-11

1. Penggenapan nubuat Nabi Zakharia 9:9
"Bersoraklah dengan nyaring, hai Putri Sion! Bersorak-sorailah, hai putri Yerusalem! Lihat, Rajamu datang kepadamu; Dia adil dan menyelamatkan, rendah hati dan menunggang seekor keledai, seekor keledai muda."
Genaplah firman yg disampaikan oleh Nabi Zakharia (520 sebelum kelahiran Yesus).

2. Sambutan pada tahun ini tidak boleh disamakan dengan tahun2 sebelum ini, kita terpaksa menangguhkan semua upacara dan kebaktian Minggu Palma demi kebaikan semua pihak, namun ini sama sekali TIDAK AKAN menafikan kebenaran firman Tuhan iaitu kedatangan Yesus ke dalam kehidupan peribadi kita harus diraikan seperti mana orang ramai menerima Yesus di Yerusalem pada masa itu. Bezanya kita mengalu2kan dan mengakui kehadiran Yesus di dlm kehidupan kita saban hari, bukan hanya pada hari ahad.

3. Kenapa Yesus datang?  Yesus datang utk mati bagi kita. Dia dtg ke Yerusalem sebagai seorang Raja Damai yg merendahkan diri agar setiap jiwa tahu bahawa mereka diberikan peluang utk diselamatkan dari perhambaan dosa (upah dosa adalah maut, Roma 6:23) dan Yesus datang membawa jaminan kehidupan kekal bersamaNya, walaupun harga yg perlu dibayar adalah nyawa Kristus itu sendiri. Ternyata jelas, 5 hari kemudian orang ramai berteriak "Salibkan Dia!" kerana mereka tidak mengerti perihal misi dan siapa Tuhan Yesus itu sendiri.

Berbalik kpd mesej Ahad/Minggu Palma pd tahun ini, kita melihat ramai umat Kristen membuat inisiatif sendiri utk menyediakan Salib Palma (Palm Crosses) dan berkongsi gambar2 mereka melalui aplikasi Facebook dan Whatsapp- BAGUS, SYABAS! Anda menghidupkan erti sebenar Palm Sunday iaitu "Tuhan Yesus datang, diterima dan dia bertakhta di seluruh kehidupan kita semua".

Salam Damai,
Revd. Rodriguez Unak
St. Faith's Church, Kenyalang.
4/4/2020

No comments: