Followers

Thursday, March 20, 2008

2nd sermon on good friday

Lukas 23:44-49
Doa Pembukaan: Bapa,sekali lagi aku dtg kepada Engkau dgn hati yg bersyukur dan berterima kasih krn pengorbananMu. Engkau berkatilah sesi yang terakhir ini dan aku serahkan segala2nya demi kemuliaanMu. Di dlm nama anakMu Yesus Kristus aku telah berdoa. Amen.
Ayat yang terakhir menyatakan bagaimana Yesus meyerahkan diriNya kpd Bapa setelah TIRAI yang tergantung di Rumah Tuhan koyak menjadi dua helai.
Keadaan pada masa itu amat anih, pelik tapi benar. Kira2 pkl 12 tghari, matahari tidak bersinar dan seluruh negeri itu diliputi kegelapan sehingga pkl 3 petang. Langit menjadi gelap. Ketika itulah TIRAI DI RUMAH TUHAN TERKOYAK MENJADI DUA lalu Yesus berseru dgn lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!”. Yesus pun mati.
Saya ingin menstruktur semula keadaan pada masa itu dgn menjelaskan lebih lanjut apakah simboliknya tirai yang terkoyak menjadi dua itu, selain daripada mukjizat Tuhan.
Rumah Tuhan di Yerusalem pada masa itu amat penting dan menjadi teras utama kepercayaan org2 yahudi. Apa2 yg berlaku di Rumah Tuhan, walaupun perkara kecil, amat mudah untuk diketahui umum. Justeru, apabila tirai di dalam Rumah Tuhan itu terkoyak dua, semua orang tahu mengenainya! Tiada siapa yang dapat menyembunyikan perkara itu daripada diketahui orang ramai.
Apakah ‘Rumah Tuhan’?
Fungsi ‘Rumah Tuhan’ adalah utk upacara keagamaan org2 yahudi. Di Yerusalem, ‘Rumah Tuhan’ atau ‘Temple Of Jerusalem’ ini sebenarnya mempunyai sejarah pembinaan yg panjang. ‘Rumah Tuhan’ yang pertama telah dibina di atas arahan dan pemerintahan Raja Solomon, namun telah dimusnahkan oleh org2 Babilon. Pada waktu tuhan Yesus, ‘Rumah Tuhan’ ini adalah rumah Tuhan yg ke-2 yg dibina dibawah pemerintahan Cyrus yang Agung, kemudian Darius yang Agung dan akhirnya diubahsuai di bawah arahan Raja Herod. Kini, ‘Rumah Tuhan’ ini telah dimusnahkan oleh kerajaan Roma pada 70 AD.


‘Rumah Tuhan’ ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
Halaman (Taman Firdaus) = terdpt byk pokok buah2an dan bunga krn dibina utk menyamai taman Eden.
Ruang Kudus (Ruang untuk melayani Allah) = untuk upacara sembahyang dan korban.
Ruang Maha Kudus (Ruang Takhta Allah / Ruang untuk menyembah dan memuliakan Allah)
- ini adalah ruang yg paling penting dan org luar adalah DILARANG SAMA sekali utk memasukinya.
- Ruang Maha Kudus ini dipisahkan daripada Ruang Kudus oleh satu tirai khas yang besar, dan tiada sesiapa pun yg dibenarkan masuk kecuali Imam Agung (High Priest), malahan dia sendiri pun hanya boleh masuk sekali dalam setahun, utk mempersembahkn darah korban dan kemenyan yg harum di hadapan Tabut Perjanjian. Tabut Perjanjian adalah kotak khas di mana tersimpannya batu Sepuluh Hukum dan beberapa brg yg dianggap suci oleh org yahudi. Imam Agung ini akan mewakili seluruh masyarakat yahudi dalam upacara memohon keampunan dosa, sekali dalam setahun. Hanya dia seorang yang boleh memasuki ‘Ruang Maha Kudus’.
Baiklah, kita semua sudah mendpt sedikit gambaran mengenai ‘Rumah Tuhan’ dan ‘Ruang Maha Kudus’. Sekarang kita akan melihat bagaimana impak atau betapa besarnya kesan TIRAI YANG terkoyak dua td kepada iman org yahudi pd masa itu dan kita pada masa ini.
Ketinggian tirai ini adalah 60 kaki atau lebih kurang 20 meter. Ketebalannya pula adalah 4 inci. Warnanya pula adalah bercampur biru, ungu dan merah dan disulam dengan linen dan fakta menarik ialah 2 ekor kuda yang menarik pada arah bertentangan juga tidak dapat mengoyakkan tirai ini. Cuba tengok jeans Levi’s kamu, ada tak gambar 2 ekor kuda menarik seluar jeans? Ia menggambarkan keteguhan. Jadi, kesimpulannya ialah tirai ini tidak dapat dimusnahkan dgn mudah.
Jadi di sini kita sudah ada satu tirai yg SANGAT BESAR, sangat mustahil utk dikoyakkan dengan kekuatan biasa.
Tiba2 tirai itu terkoyak! (koyakkan kertas!)
Pada masa yang sama, Yesus berseru dgn lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!”
Tirai yang besar dan tebal itu terkoyak menjadi dua dari atas hingga ke bawah. Amat mustahil utk tirai raksasa itu terkoyak dengan sendirinya jika bukan kerna kuasa Tuhan! Malahan iya koyak dari atas ke bawah dan bukan dari bawah ke atas adalah untuk menunjukkan bahawa itu bukanlah perbuatan manusia!
Apa yg kita pelajari dari peristiwa ini? Apakah kaitannya tirai yang koyak ini dengan kata2 Yesus yg terakhir td?
Tirai itu adalah simbolik kematian YESUS! AMEN?!
Setelah tirai itu terkoyak dua, apa yang terdedah??? KEMULIAN ALLAH yang tersembunyi di sebalik tirai itu kini terdedah dan adalah untuk SEMUA orang di luar Rumah Tuhan!
Jelas kini dengan kematian Yesus, kita sudah layak utk datang kepada hadirat Tuhan dan jalan utk kita masuk ke ruang maha kudus sudah terbuka! Iya terbuka utk semua, baik org yahudi mahupun bukan orang yahudi seperti kita ini!
Kita juga boleh melihat tirai itu sebagai Yesus sendiri. Yesus berkata, “akulah jalan, kebenaran dan kehidupan.” Yesus adalah jalan kepada Bapa. Memandangkan dahulunya hanya imam agung sahaja yang layak utk masuk ke Ruang Maha Kudus melalui tirai itu, kini kita juga layak utk dtg ke hadirat Tuhan melalui Tubuh dan darah Yesus Kristus!
Di dalam Ibrani 10:19-20 sudah jelas mengatakan bahawa “Oleh itu saudara2 ku, dengan kematian Yesus kita mempunyai kebebasan penuh untuk masuk ke Ruang Maha Kudus. Yesus sudah membuka satu jalan baru bagi kita, jalan yang memberikan kehidupan. Jalan itu melalui tirai, iaitu melalui tubuh Yesus sendiri.”
Yesus berseru dgn lantang, “Ya Bapa, Aku serahkan diri-Ku ke dalam tangan-Mu!”
Tugasnya sudah selesai, untuk membuka jalan kepada kita dgn tubuh dan darahnya. Kemudian, dia menyerahkan diri-Nya kpd Bapa di syurga. Terima kasih Tuhan Yesus atas pengorbananMu.
Mari kita berdoa: Bapa, jika bukan kerna kasih yg Engkau curahkan, kami tidak akan berada di sini dan merenung pengorbanan anak tunggalMu Yesus Kristus yg telah mati bagi kami. Kami meminta agar kuasa roh kudusMu dtg lalu mengurapi kami agar kami diberikan pemahaman dan kasih yg lebih mendalam akan pengorbanan Yesus. Semasa dia mengucapkan kata2 terakhirnya di atas kayu salib, biarlah kami juga mendengar launganny yg terakhir itu did lm setiap langkah yg kami jalani pada kehidupan ini. Di dalam nama Yesus kami telah berdoa. Amen.

No comments: