Followers

Wednesday, March 19, 2008

1st sermon on 7 words on the cross

Lukas 23:32-38
Mari kita berdoa…
Allah Bapa yang kekal, yg mengetahui setiap isi hati kami. Kami berterima kasih kpd Engkau Bapa kerna telah mengumpulkan kami dlm damaiMu pd hari ini, utk bersama2 melihat apa yang Tuhan Yesus ingin sampaikan dari salib itu. Tuhan, aku meminta agar Engkau menggunakan aku sepenuhNya pd hari ini untuk menyampaikan FirmanMu. Kau berkatilah seluruh sesi ini dari mula hingga akhir. Di dlm nama Yesus aku telah berdoa. Amen.
Keadaan pada masa itu amat menyayat hati. Seorang lelaki yahudi sedang menjalani hukuman salib- satu penyiksaan yang kejam dan ekstrim kerana bukan sahaja dipaku dgn paku2 besar, malahan lelaki itu telah dipukul dan dipermalukan terlebih dahulu.
Sehinggalah dia disalibkan, lelaki itu sudah tidak tidur lebih kurang 36 jam. Jangankan tidur, dia juga tidak diberi rehat. Penat bukan?
Jgn lupa juga bahawa lelaki itu telah di sebat pada bahagian tubuhnya dengan penyebat bertali yg dilengkapi dengan besi seakan-akan cangkuk. Darah yang mengalir dari tubuhnya pada masa itu amatlah banyak. Lelaki ini semakin lemah.
Dia juga dipaksa memikul salibnya sendiri, yg berat, dan diarak sambil dipermalukan sepanjang perjalanan dari kota Yerusalem hinggalah ke tempat dia bakal disalibkan. Satu perjalanan yg jauh dan menyeksakan.
Siapakah lelaki ini?- ya, Tuhan Yesus, dia disiksa dan mati sementara kita masih berdosa! Dia mati karena dosa saya! Dia mati karena dosa kamu! Dia mati, sebagai penebus kita seperti yg telah dinubuatkan oleh para nabi.
Sahabat yg saya kasihi, tujuan saya memulakan perkongsian saya pd ptg ini dgn detail2 ataupun butiran2 kesakitan dan seksaan yg Yesus alami bukanlah utk meminta belas kasihan daripada kamu semua ya?
Saya ingin kamu semua meletakkan diri kamu sbg Yesus pada masa itu.
-kamu sedang dipermalukan.
-kamu tidak diberikan perbicaraan yg adil.
-kamu dituduh melakukan perkara yg tidak kamu lakukan
-kamu disiksa dan disalibkan.
Kamu marah tak? Apa reaksi kamu?

1. Perkataan yang pertama sekali dari salib pd hari ini ialah “BAPA”. Ayat pertama yang Tuhan Yesus gunakan di atas salib ialah satu bentuk doa dan Yesus sentiasa menggalakkan kita utk berdoa. Yesus tidak menujukan doa ini pada perempuan2 yg sedang menangis di kaki salib, bukan juga kpd ketua2 imam dan penguasa agama, bukan juga kepada pencuri yg berada di sebelahNya mahupun org2 yg sedang mengejek di bawah tetapi- doa ini dipanjatkan kpd Tuhan. Di dlm kesakitan yang AMAT PERIT, Yesus tidak mengendahkan kesakitan yg dialaminya akan TETAPI dia melihat kpd Tuhan dan memulakan doa nya dgn perkataan “bapa”.
Apabila Yesus memilih untuk menggunakan perkataan BAPA, itu jelas menunjukkan betapa dekatnya Dia dgn Bapa, betapa rapatnya hubungan diantara Yesus dgn Bapa.
Satu perkara yg pasti yg dpt kita lihat di dlm kehidupan doa Yesus ialah dia menggunakan perkataan “bapa” utk merujuk kepada Tuhan, dan ini yang menimbulkan kemarahan kepada ketua2 imam dan farisi yang menggangap perbuatan memanggil Tuhan dgn panggilan ‘bapa’ adalah satu kesalahan yg serius dan layak utk dihukum.
Kita berterima kasih kpd Yesus krn kita kini layak utk memanggil Tuhan sbg ‘Bapa’. Katakan kpd org di sebelah kamu, “kamu anak Tuhan, Tuhan Bapa kamu”.
Kehidupan doa kita juga mesti begitu, seperti Yesus. Kita MESTI berdoa secara intim kepada BAPA dlm semua keadaan, baik atau buruk, terutama sekali apabila kita berada did lm kesusahan.
Ingat tak bagaimana saya memulakan sharing saya tadi? Saya menggunakan butiran2 siksaan yg Tuhan Yesus alami.
1.Yesus dipermalukan = mungkin ada di antara kita diperlakukan sedemikian rupa oleh org lain?
2.Yesus tidak diberikan perbicaraan yg adil = ada di antara kita yg merasakan diri nya telah dilayan dgn berat sebelah dan tidak adil oleh org lain. Kamu mahukan keadilan.

Dan karena inilah, saya akan membawa kita kepada point saya yang ke-2 pd hari ini iaitu “ampunilah mereka!”. Saya rasa ramai di antara kita di sini PERLU mengambil nota utk bahagian ini!
Selepas Yesus berkata “Bapa!”, Dia pun berkata, “hantarkan beribu malaikatMu dari syurga, musnahkan mereka dan turunkan aku dari salib ini!”
ADA TAK YESUS BERKATA BEGITU?
TIDAK SAMA SEKALI.
Yesus berkata, “bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak tahu apa yg diperkatakan oleh mereka.”
Di dlm kehidupan kita sehari2, kita tidak dpt lari dr sengketa atau salah faham mahupun pertelingkahan dgn org2 di sekeliling kita, tak kira kwn rapat ataupun ahli keluarga. Perlu diingat, kita semua tidak sempurna krn kita semua manusia yg berdosa. Jika mereka mengutuk kamu, dia mengutuk ciptaan Tuhan. Skrg kamu sudah menjadi anak Tuhan, bukankah si pengutuk itu mengutuk anak Tuhan? Kamu tahu apa yg terjadi kpd mereka yg mengutuk anak2 Tuhan spt yg kita ketahui di dlm alkitab bukan?
Ampuni org2 yg berbuat salah kpd kamu. Saya dapati saya belajar banyak perkara ini setiap kali saya berbual dan berkongsi masalah saya dgn Bro. Aston.
Tidak guna saudara, jika kita menyimpan dendam sehingga menyakitkan hati kita sendiri setiap hari. Krn dendam, saya hampir quit, berhenti belajar di STM. Namun krn kasih Bapa yg kekal, saya mengakui kesilapan di pihak saya, saya maafkan bekas teman wanita saya dan saya mendapt semangat baru utk bekerja di ladang Tuhan, halleluyah!
-jika kamu pergi ke internet dan lihat saya bermain gitar, video itu adalah selepas saya memperbaharui janji saya dgn Yesus.
MAAFKAN MEREKA KERANA MEREKA TIDAK TAHU APA YG MEREKA LAKUKAN!!!
-tp saya mengakui, bukan senang utk mengampuni org lain, terlebih lagi mereka yg menyakiti dan menganiayai kamu. Tapi inilah peluang untuk kamu menunjukkan bahawa kamu layak memanggil Tuhan sbg “bapa”.
Kamu harus yakin utk mengatakan, “bapa, ampuni dosa saya sebagaimana saya MENGAMPUNI ORG YG BERSALAH TERHADAP SAYA!”. Tuhan Yesus sendiri telah mengajar kita utk berdoa spt itu.
Yesus meminta Allah Bapa utk mengampuni org2 yg sedang cuba utk membunuhNya. Sudah tentulah Dia sendiri juga sudah memaafkan mereka. Yesus sedang bertarung dengan maut pada ketika itu. Kamu yang masih hidup, sudah kah kamu melepaskan mereka yg ‘membunuh jiwa’ kamu?

Di atas salib, Yesus Memandang kpd Tuhan dan kata2nya yang pertama adalah agar Tuhan mengampuni dosa2 mereka yg menyeksanya…dosa ketua2 agama…anak2 muridNya yang menyembunyikan diri…dan jgn lupa Petrus yang telah menyangkalNya sebanyak 3 kali…
Bagi mengakhiri perkongsian saya, sebagai anak Tuhan yang memanggilNya ‘Bapa’, kita perlu senantiasa Memandang Yesus di atas salib, dgn segala kepayahanNya, dia membuktikan bahawa kasih Allah adalah utk semua. Dia BAPA kita, dan kita harus bersedia untuk memaafkan agar dosa kita juga diampuni oleh BAPA.
Mari kita berdoa.

No comments: