"everyday it's YOU i live for"
"If we walk with HIM closely today, we will be in the center of HIS will tomorrow"- Henry Blackaby
Followers
Sunday, April 26, 2020
Saturday, April 4, 2020
:::::::Ahad/Minggu Palma 2020:::::::
Markus 11:1-11
Saban tahun Gereja-gereja pelbagai denominasi merayakan 'Minggu/Ahad Palma’ khusus utk memperingati peristiwa bila mana Tuhan Yesus menunggangi anak keldai utk memasuki Yerusalem dan kedatangannya sangat-sangat dialu-alukan oleh warga kota Yerusalem seolah-olah dia seorang raja pada masa itu. Ahad itu juga permulaan kepada 'Minggu Suci' yang merangkumi Isnin-Jumaat Agung, dan Hari Easter.
Tuhan Yesus datang sebagai Raja Damai, memasuki Yerusalem utk kali yang terakhir sebelum dia disalibkan. Orang ramai bersorak "Hosanna" semasa dia datang dan berteriak "Salibkan Dia!" lima hari kemudian.
beberapa perkara yg boleh direnungkan daripada Markus 11:1-11
1. Penggenapan nubuat Nabi Zakharia 9:9
"Bersoraklah dengan nyaring, hai Putri Sion! Bersorak-sorailah, hai putri Yerusalem! Lihat, Rajamu datang kepadamu; Dia adil dan menyelamatkan, rendah hati dan menunggang seekor keledai, seekor keledai muda."
Genaplah firman yg disampaikan oleh Nabi Zakharia (520 sebelum kelahiran Yesus).
2. Sambutan pada tahun ini tidak boleh disamakan dengan tahun2 sebelum ini, kita terpaksa menangguhkan semua upacara dan kebaktian Minggu Palma demi kebaikan semua pihak, namun ini sama sekali TIDAK AKAN menafikan kebenaran firman Tuhan iaitu kedatangan Yesus ke dalam kehidupan peribadi kita harus diraikan seperti mana orang ramai menerima Yesus di Yerusalem pada masa itu. Bezanya kita mengalu2kan dan mengakui kehadiran Yesus di dlm kehidupan kita saban hari, bukan hanya pada hari ahad.
3. Kenapa Yesus datang? Yesus datang utk mati bagi kita. Dia dtg ke Yerusalem sebagai seorang Raja Damai yg merendahkan diri agar setiap jiwa tahu bahawa mereka diberikan peluang utk diselamatkan dari perhambaan dosa (upah dosa adalah maut, Roma 6:23) dan Yesus datang membawa jaminan kehidupan kekal bersamaNya, walaupun harga yg perlu dibayar adalah nyawa Kristus itu sendiri. Ternyata jelas, 5 hari kemudian orang ramai berteriak "Salibkan Dia!" kerana mereka tidak mengerti perihal misi dan siapa Tuhan Yesus itu sendiri.
Berbalik kpd mesej Ahad/Minggu Palma pd tahun ini, kita melihat ramai umat Kristen membuat inisiatif sendiri utk menyediakan Salib Palma (Palm Crosses) dan berkongsi gambar2 mereka melalui aplikasi Facebook dan Whatsapp- BAGUS, SYABAS! Anda menghidupkan erti sebenar Palm Sunday iaitu "Tuhan Yesus datang, diterima dan dia bertakhta di seluruh kehidupan kita semua".
Salam Damai,
Revd. Rodriguez Unak
St. Faith's Church, Kenyalang.
4/4/2020
Friday, April 3, 2020
"Be Still"
Kehidupan menjadi sukar semenjak adanya Perintah Kawalan Pergerakan ekoran tercetus dan merebaknya Covid-19 yg kini di tahap pandemik serius.
Ramai tertanya2 'di mana Tuhan, kenapa membiarkan semua ini terjadi?' Tidak kurang juga yg bertungkus-lumus mencari ayat2 alkitab yg relevan utk dikaitkan dengan musibah ini (ada yg mengaitkan Isaiah 26:20 dgn 'kuarantin' 🤷♂️) supaya kelihatan agar semua ini 'justified'. Tetapi adakah ini rumusan akhir drpd kekalutan global ini? Sudah tentu tidak! Ada banyak pengisian bermakna dan ada tujuan drpd semua pergumulan ini, dan ini adalah sebahagian kecil dari renungan (reflection) saya:
1). Tuhan 'Emmanuel'. Ya, Tuhan ada bersama kita pada saat dan ketika yg kritikal ini. Yesaya 55:6 "
Carilah TUHAN selagi Dia berkenan untuk ditemui. Panggillah Dia selagi Dia dekat." Hidup ini singkat, Life Is Fragile. Sangat rapuh. Namun kehidupan duniawi pasti saja tamat di dunia. Jiwa yg terselamat oleh kasih anugerah Bapa akan hidup selamanya. Persiapkan dan perlengkapkanlah diri agar kehidupan di dunia ini adalah utk kemuliaan Tuhan.
2. Pengorbanan Umat Manusia utk Orang Lain. Sungguh menyedihkan dan meremukkan hati apabila terbaca perihal Frontliners yg menemui ajal demi tugas. Mereka mati utk kita, pengorbanan mereka tidak sia2. Berdoa utk ahli keluarga mereka yg kehilangan saudara mara dan berterima kasihlah utk khidmat mereka hingga nafas terakhir.
3. Pendedahan Watak, Sifat & Sikap Sebenar Setiap individu/komuniti. True Colours, dlm bahasa Inggeris nya. Belum pun reda virus covid-19, virus yg tersimpan dan terbenam lama (dormant) ternyata muncul. Tidak perlu saya senaraikan semuanya di sini tetapi apa yg paling ketara adalah KEDEGILAN sesetengah insan yg sengaja mengengkari arahan dan rayuan pihak kerajaan. Duduk Diam2, kata PM-8. Masih juga yg pekakkan telinga dan berlagak kebal.
Kerana itulah Mazmur 46:7-10 sangat tepat utk situasi kita sekarang: Kita berperang dengan Covid-19, ramai yg sedang bertarung nyawa di saat anda membaca post saya ini. Ini bukan lah perang di antara Negara mahupun agama. Ini ialah satu perang di antara KITA (Manusia Sejagat) menentang Covid-19. BE STILL, ataupun BERDIAMLAH dan biarkan Tuhan bekerja melalui Frontliners, Doktor, Jururawat, Para Saintis, Polis, Askar dan semua yg berkorban utk dunia.
(46:10-11) "Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah! Aku ditinggikan di antara bangsa-bangsa, ditinggikan di bumi!"
BE STILL IN YOUR HOUSE.
BE STILL WHEREVER YOU ARE.
BE STILL AND WAIT UPON THE LORD.
BE STILL AND KNOW THAT HE IS GOD.
Tuhan Memberkati,
Father Rod
St. Faith's Church, Kenyalang.
21/03/2020
Subscribe to:
Posts (Atom)